Empat warga Malaysia diculik dihantar ke Kinabalu hari ini

Buat masa ini empat tahanan berkenaan yang dibebaskan semalam masih lagi berada di Sandakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, empat tahanan itu akan dibawa ke Kinabalu oleh pasukan khas polis.

“Kita berjaya membawa empat rakyat Malaysia ini dari Selatan Filipina dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

“Setakat ini, kami belum mengambil keterangan daripada mangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia, di sini, sebentar tadi.

April lalu, empat warga Malaysia yang diculik itu adalah Wong Teck Pang, 31, Wong Hung Song, 34, Wong Teck Chi, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia