Empat sungai di Terengganu kini melebihi paras berjaga-jaga

Satu daripada empat sungai utama itu terletak di Besut iaitu Sungai Besut di Kampung La yang mencatatkan 23.64 meter (m) melebihi paras bahaya 21.80m dan satu lagi lokasi, Sungai Besut di Jambatan Keruak iaitu 36.48 melebihi paras bahaya 35 meter.

Tiga lagi terletak di Hulu Terengganu, Dungun dan Marang iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong dengan 25m melebihi paras bahaya 24.50m, Sungai Dungun di Kuala Jengai iaitu 22.21m berbanding paras bahaya 21m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu 21.55m berbanding paras bahaya 21.50m.

Menurut portal itu lagi, dua sungai mencatat kenaikan melebihi paras amaran iaitu Sungai Tebak di Kemaman naik 18.36m berbanding paras amaran 17.80m dan Sungai Telemong di Kuala Ping iaitu 19.33m berbanding paras amaran 19.30m.

Dua sungai di Dungun pula mencatat kenaikan melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Dungun di Pasir Raja mencatat kenaikan 36.14m berbanding paras berjaga-jaga 36m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau iaitu 10.91m berbanding paras berjaga-jaga 10.90m.

Sungai Besut di Jambatan Jerteh pula naik kepada 10.91m berbanding paras berjaga-jaga 10.90m.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan yang telah surut dinaiki air semula awal pagi Selasa.

Penduduk di Hulu Terengganu dan Kemaman juga dilaporkan masih dalam proses berpindah ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan ketika ini. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia