Menurut pandangan penganalisis politik, bagi memastikan parti Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, Najib sedang menggariskan pelbagai langkah, termasuklah penukaran empat menteri besar.
Najib rasa, pemimpin baru diperlukan Barisan Nasional di negeri-negeri terbabit. Pru14 dijangka lebih mencabar dan bagi mengatasi cabaran pembangkang adalah perlu perubahan dari segi pemimpin di negeri-negeri berkenaan.
Penukaran empat menteri besar berkenaan akan mendapat pengesahan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan di hujung tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memegang jawatan itu kia-kira 17 tahun dijangka akan ditukar.
Begitu juga, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Rafiz yang menghadapi krisis dalaman parti turut akan ditukar.
Manakala, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Muhammad Hassan yang mengalami masalah kesihatan juga dijangka akan ditukar. – Makkal Osai