Khalid berkata, empat kertas siasatan sudah dibuka pihak polis terhadap Dr Mahathir melibatkan dakwaan menghasut dan tuduhan lain.
“Ada kertas siasatan masih belum dibuka dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan. Kami sudah membuka empat kertas siasatan terhadap Dr Mahathir.
“Ada yang belum selesai lagi, ada yang kita bawa bincang dengan Peguam Negara, jadi setakat ini kita tidak boleh menghukum apa-apa,” katanya selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Knan Bukit Aman di sini, hari ini.
Dr Mahathir disiasat kerana mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Perdana Menteri.
Beliau membuat dakwaan itu menerusi blogya, chedet.cc yang disiarkan pada 5 Februari lalu.
Terbaharu pada Sabtu lalu, Dr Mahathir menerusi wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian meminta campur tangan pihak antarabangsa untuk memudahkan Najib dijatuhkan.