Empat kampung India bakal lenyap di Selangor

Dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, mereka mogok di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri.

Mogok lapar tersebut yang diteruskan sehingga pukul 5.30 petang namun tiada seorang pegawai pun berjumpa dengan mereka.

Wakil penduduk berkenaan, M. Selventhiran berkata selepas beberapa jam menunggu di bawah panas, seorang pegawai khas meminta untuk menyerahkan memorandum kepadanya, namun kami tidak bersetuju.

“Kami nak berjumpa Menteri Besar, namun setakat pukul 5.30 petang tiada seorang pun datang mendengar masalah kami.

“Kami telah menyerahkan memorandum kepada pejabat Menteri Besar pada September tahun lepas agar projek Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat yang melibatkan kampung kami dihentikan.

Namun sehingga hari kami tidak menerima sebarang maklum balas,” katanya. – Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal