Edrus mungkin diliwat abang ipar

Memetik laporan Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munu­samy berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi mengesahkan perkara berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa diliwat berikutan mayat mangsa ditemui dengan keadaan seluarnya tertanggal separuh dan siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.

“Setakat ini, saya hanya boleh mengesahkan kepala mangsa ditemui berasingan daripada badannya, namun itu pun belum tahu sama ada suspek penggal ataupun dimakan binatang buas,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Munusamy turut menafikan suspek meminta wang tebusan sebanyak RM10,000 daripada bapa mangsa, Norsham Jalil.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia