Menurut sumber, Duterte tidak menyertai mesyuarat sidang kemuncak itu dan Filipina difahamkan hanya diwakili Setiausaha Hubungan Luarnya, Perfecto Rivas Yasay Junior.
Duterte menjadi tumpuan dunia apabila mengecam Obama menjelang lawatan rasmi Presiden AS itu ke sini pada sidang akhbar, Isnin lalu.
Kedua-dua pemimpin juga dijadual bertemu Selasa lalu di Vientiane, tetapi Obama menarik diri selepas tindakan Duterte.
Dalam kecaman itu, Duterte memberi amaran tidak akan membiarkan Obama mengajarnya berhubung kebimbangan mengenai kempen memerangi jenayah yang sudah meragut lebih 2,400 nyawa di Filipina, lapor Berita Harian.