Dunia bergelak jika Tun M disiasat SOSMA

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata demikian sambil menambah bekas perdana menteri itu yang kini sudah berusia 91 yang bukan sahaja berpangkat datuk tapi moyang, jika disiasat dibawah SOSMA ianya akan menjadi satu perkara yang lucu.

“Beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan negara bakal menjadi bahan ketawa dunia jika pengasas yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu disiasat polis berhubung dakwaan berkenaan,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nur Jazlan berkata, Mahathir tidak akan terlepas daripada disiasat mengikut Seksyen 124C atas cubaan memudaratkan demokrasi berparlimen. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal