Pengerusi KAMP, Ahmad Syukri Abdullah berkata Ahmad Razif perlu diberikan rumah untuk meneruskan transformasi di Terengganu.
“Kita sebagai badan NGO patut bagi sokongan yang penuh sebab kita kenal beliau amat orangnya baik bagi kami.
“Biar Menteri Besar teruskan pembangunan di Terengganu kita ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Politik Terengganu kembali tegang apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Tindakan tersebut bakal menyebabkan kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu antara penyelesaian masalah tersebut.
Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad Syukri menegaskan sekiranya terdapat pertelingkahan antara pemimpin, ianya perlu diselesaikan dengan baik.
“Sepatutnya tidak perlu berlaku untuk turun Menteri Besar walaupun ada perbalahan, selesaikan secara terbaik,” tegasnya.