DUN Selangor hadkan ucapan Ketua Pembangkang

Bagaimana kata Hannah, Ketua Pembangkang perlu memberikan teks ucapan yang tidak melebihi 1,000 patah perkataan tersebut dua hari sebelum sidang DUN bermula.

“Buat masa ini ucapan Ketua Pembangkang tidak ada slot khas. Ketua pembangkang kalau hendak berucap dalam sesi perbahasan terletak pada bicara speaker.

“Dengan adanya pembaharuan ini, Ketua Pembangkang tidak lagi terikat dengan budi bicara Speaker,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annex, Shah Alam di sini.

Hannah pada Isnin mengedarkan notis pindaan tersebut di DUN Selangor hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap bagi DUN Selangor pada 13 Julai lalu mencadangkan pindaan memasukkan ucapan Ketua Pambangkang.

Menurut pindaan tersebut, Ketua Pembangkang boleh pada waktu yang ditetapkan menurut Peraturan Tetap 13, berdiri di tempatnya da memberikan ucapan beliau kepada Dewan mengikut teks ucapan yang telah dihantar terlebih dahulu kepada Speaker tidak kurang daripada dua hari sebelum persidangan mesyuarat yang hendak dikeluarkan perkara itu.

Teks ucapan itu tidak boleh melebihi 1,000 perkataan dan hendaklah berkenaan dengan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungjawab Menteri Besar dan perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat yang sama dan Menteri Besar bolehlah menjawabnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri