Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada satu sidang media khas yang diadakan di Kuching, Sarawak sebentar tadi.
Pada sebelah paginya, Adenan mengadakan kunjungan terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bagi memohon kebenaran untuk membubarkan DUN.
“Yang Dipertua sudah bersetuju untuk DUN di bubarkan pada 11 April nanti. Itu saja yang boleh saya cakap.
“Selebihnya terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bila mahu mengadan pilihan raya,” katanya ketika sidang media khas.
Pengumuman itu sekali gus mematikan segala teka-teki berhubung PRN itu yang akan diadakan pada masa terdekat ini selepas DUN dibubarkan pada 11 April nanti.
Ia pilihan raya yang pertama dibawah kepemimpinan Adenan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri itu daripada Abdul Taib.
Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mempertahankan kemenangan dan dijangka mampu membentuk kerajaan dengan majoriti lebih besar.