Dulu kata saya diharamkan, kini kata dapat kerakyatan Malaysia – Zakir Naik tegur media India

Zakir menegur media kerana menyebarkan khabar angin berkenaan apabila mereka sebelum ini mendakwa bahawa beliau diharamkan di Malaysia.

“Tidak benar sama sekali,” kata jurucakap Zakir, Arif Malik yang dipetik sebagai berkata oleh portal berita India Janta Ka pada Ahad.

“Sehingga beberapa bulan yang lalu media India telah mengatakan saya telah diharamkan di Malaysia dan kini mereka katakan saya telah mendapat kerakyatan Malaysia. Ia tidak masuk akal. Tidak ada kebenaran mengenai khabar angin kewarganegaraan Malaysia,” kata Malik yang memetik kata-kata Zakir secara tepat.

Laporan Hindustan Times pada Sabtu mendakwa Zakir, yang disiasat oleh Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) kini bersembunyi di Malaysia dan telah diberikan kewarganegaraan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau sebelum ini disyaki di berada Afrika atau Thailand.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia