Duda kena kahwin untuk dapatkan gas memasak

Peraturan kerajaan menuntut Puttilal Gautam supaya memiliki isteri untuk tujuan itu menurut skim kebajikan, Pradhan Mantri Ujjwala Yojana (PMUY), yang dilancarkan Mei lalu.

Anak perempuannya tidak boleh memohon skim itu kerana masih terlalu muda.

Gautam pernah membuat permohonan tetapi setiap kali mengunjungi pengedar tong gas cecair petroleum (LGP) di kawasan kediamannya, beliau diarah pulang.

“Mereka menyuruh saya menghantar isteri dengan dokumen berkaitan untuk tujuan itu.

“Saya memberitahu isteri saya sudah meninggal dunia dan saya ada empat anak. Namun mereka tidak peduli kerana peraturan tetap peraturan,” katanya.

Isterinya, Gauri, meninggal dunia akibat penyakit dua tahun lalu, meninggalkan Gautam untuk menjaga empat anak mereka.

“Saya perlu membeli kayu dan minyak tanah dari pasar untuk memasak. Saya tidak mampu membeli kayu api, harganya melonjak kerana hujan,” katanya.

Gautam meminta pertolongan majlis kampung untuk mendapatkan bekalan gas percuma itu dan mereka menasihatkan beliau supaya berkahwin lagi.

“Anak saya menolak cadangan itu. Mereka tidak mahu ibu tiri. Anak lelaki saya memberitahu mereka akan mengutip kayu dan anak perempuan pula rela membantu saya memasak.

“Garis panduan itu tidak adil terhadap duda. Perdana Menteri Narendran Modi perlu meminda peraturan itu,” katanya. –AGENSI

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun