Dubai fatwakan haram curi WiFi

Bahagian fatwa jabatan itu telah menerima pertanyaan daripada seseorang, yang bertanya tentang hukum orang yang menggunakan WiFi orang lain secara rahsia.

Menurut fatwa itu, perbuatan itu boleh mengurangkan kelajuan Internet kepada pengguna kerana perkongsian oleh orang lain, lapor portal Emirates247.com.

Fatwa itu disiarkan di laman web jabatan itu di bawah bahagian ‘fatwa moden’.

Fatwa itu berkata, orang ramai tidak dibenarkan menggunakan apa sahaja milik orang lain tanpa bayaran atau tanpa kebenaran mereka.

Justeru itu internet harus digunakan hanya selepas melanggan perkhidmatan tersebut. – Malaysiakini

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia