Dua terbunuh, sembilan cedera dalam dua serangan bom di selatan Thai

Bangkok Post melaporkan, selain orang awam, turut menjadi mangsa dalam serangan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata itu ialah anggota polis dan sukarelawan pertahanan.

Di Narathiwat, 10 lelaki bermotosikal yang memakai skaf untuk menutup muka melepaskan tembakan rambang mengenai tiga anggota sukarelawan yang sedang berehat berhampiran sebuah jambatan pejalan kaki di luar Sekolah Luporluesong di Sungai Kolok awal pagi ini.

Salah seorang mangsa, Usaman Rupae mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala dua lagi rakannya iaitu Surin Laesuk dan Marorsuedee Talulae masing-masing cedera di kaki dan bahu.

Sepasukan anggota polis dan tentera yang tiba ke tempat kejadian tidak lama kemudian bergegas membawa kesemua mangsa yang terlibat ke hospital berdekatan.

Sekurang-kurangnya 60 katrij peluru raifel jenis AK juga ditemukan bertaburan di tempat kejadian.

Setakat ini, polis percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh puak pemisah di wilayah berkenaan.

Sementara itu, seorang atendan pam minyak ditembak mati di Khok Pho, Pattani manakala tujuh orang lagi dilaporkan cedera dalam letupan bom yang berlaku selepas serangan itu.

Pegawai bertugas di balai polis Khok Pho, Kapten Kiartichai Nakkharae berkata, mangsa, Treerapat Chanthararojwong, 37, mati ditembak kira-kira pukul 12.40 tengah hari waktu tempatan.

Katanya, tujuh mangsa yang tercedera itu termasuklah seorang wanita, empat anggota polis dan dua sukarelawan pertahanan. – Agensi

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia