Dua rentung nahas bas, kereta

Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dipercayai membawa 15 penumpang melanggar belakang sebuah kereta Proton Aeroback‎ sebelum terbakar.

Mangsa yang rentung adalah penumpang dan pemandu kereta tersebut.

Sementara penumpang dan pemandu bas dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, identiti mangsa yang rentung belum di kenal pasti.

“Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa.

“Seramai 14 anggota melibatkan tiga jentera terlibat dalam operasi itu,” katanya. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia