Dua pelajar nyaris maut terlebih dos kafein

Alex Rosseto dan Luke Parkin secara sukarela mahu terlibat dalam uji kaji berkenaan di Tyne, England.

Mereka sepatutnya diberi 0.3 gram kafein tetapi sukatan yang salah telah diberikan apabila kedua-dua pelajar itu diberi 30 gram bahan itu, iaitu 100 kali ganda lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

Berdasarkan kajian, setiap cawan kopi mengandungi purata 0.1 gram kafein.

Perkara itu didedahkan dalam prosiding mahkamah yang berlangsung di Newcastle.

Pendakwa Raya, Adam Farrer memberitahu mahkamah bahawa doktor telah mengesahkan kedua-dua pelajar itu di ambang maut kerana kesilapan yang berlaku ketika uji kaji di fakulti sains kesihatan Universiti Northumbria.

“Jika mereka tidak segera di bawa ke hospital dan menjalani rawatan rapi, kedua-duanya mungkin meninggal dunia akibat terlebih dose kafein,” katanya.

Kini, kedua-dua pelajar itu telah pulih dan dapat meneruskan pengajian selepas mengalami kesan sampingan akibat insiden itu untuk tempoh beberapa bulan.

Pihak universiti juga mengakui melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan ketika melaksanakan uji kaji berkenaan.

Mahkamah juga dimaklumkan, universiti itu sebelum ini menggunakan pil kafein untuk ujikaji tetapi bertukar kepada serbuk kafein beberapa tahun lalu.

Mahkamah memutuskan, pihak universiti dikenakan denda £400,000 (RM2.2 juta), selain kos prosiding £26,468 (RM145,000).

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia