Menurut laporan New Straits Times, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai berusia 50-an maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang memandu Perodua Axia disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.35 tengah hari sebelum tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.
Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di sini, lapor portal tersebut.
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai identiti mangsa dan bagaimana kejadian berlaku masih belum diketahui.
Kejadian melibatkan runtuhan kren adalah kali kedua berlaku selepas insiden pertama melibatkan seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi penyangkut di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion pada Ogos lalu.