Dua lelaki parah ditetak

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa diserang menggunakan parang ketika berada di pondok pengawal taman perumahan tersebut.

Difahamkan kejadian berlaku selepas empat lelaki yang menaiki sebuah kereta bertindak memecahkan pintu pondok pengawal itu sebelum menetak mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Serangan tersebut menyebabkan mangsa yang masing-masing berusia 36 dan 33 tahun cedera di tangan kiri dan kepala.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

Katanya, siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 322 Kanun Keseksaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap