Dua didakwa bunuh pekerja syarikat tv dalam talian

Malhi Varinder Singh, 24, warganegara India dan Abdullah Aziz, 28, warganegara Pakistan, didakwa bersama-sama telah membunuh Yap Chue Cheong, 47.

Malhi Varinder, penganggur dan Abdullah, buruh binaan, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Hindi di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di B 15-15, Kondominium Windsor Tower, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, Brickfields di antara pukul 9 malam, 14 Mei lepas hingga 12 tengah hari 16 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 November ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap