Dua individu terbabit adalah wartawan Al Jazeera, iaitu Mina Harballou dari United Kingdom dan Hoda Rakhme dari Russia.
Mereka dihantar pulang ke negara masing-masing. Difahamkan, Harballou yang dibebaskan lebih awal, telah tiba ke negaranya, manakala Rakhme sedang dalam penerbangan ke Russia.
Perkara itu disahkan oleh sumber Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang mendapat maklumat daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) setakat jam 10.30 malam tadi waktu Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, Dr Fauziah Mohd Hasan, iaitu wakil tunggal Malaysia dan Asia dalam misi berkenaan, masih dalam tahanan.
“Peguam hak asasi manusia sedang cuba berhubung dengan semua ahli misi dalam kapal Zaytouna-Oliva untuk membebaskan mereka,” katanya.