Ia berkenaan pertuduhan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika perhimpunan #Kitalawan tahun lalu.
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan terhadap ADUN Teja, Chang Lih Kang, 36, dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, 34.
Empat yang lain ialah Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak Chee Chu San, 41, dan pembantunya, Yong Ming Chong, 49; bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, N. Tamilarason, 54, dan aktivis, Gan Zhi Mou, 24, memetik laporan Utusan Malaysia.