“Memang hati saya terguris namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa,” katanya, memetik laporan Sinar harian, hari ini.
Katanya, beliau sedar bahawa manusia biasa tidak berupaya mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan.
Dr Wan Azizah berkata, anak-anaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam ekoran insiden itu walaupun Anwar dipenjarakan ketika usia mereka masih muda.
“Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-Allah itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.
“Ia tidak seindah dan semudah yang saya katakan…. namun saya mesti telan dan mengatasi perasaan ini dengan niat yang betul,” katanya.
Anwar ditangkap pada 20 September 1998 dan dihukum penjara sembilan tahun pada tahun 1999 bagi pertuduhan liwat pertama terhadapnya.
Beliau dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan itu.
Pada 2008, beliau sekali lagi ditangkap atas pertuduhan liwat yang baru yang dibawa terhadapnya oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada Februari tahun lepas, Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun.