Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, selepas teguran itu, beliau berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Dr Vida memaklumkan beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.
Kelmarin, Kevin menggariskan beberapa peraturan yang wajar dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.
Menurut Kevin, Dr Vida perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.
Kata Kevin lagi, Dr Vida tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi.
Malah, Dr Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.
Kevin menegaskan, Dr Vida mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan.
Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu. – Sinar Harian