Dr Vida akan hantar representasi kepada pihak pendakwaan

Perkara itu dimaklumkan peguam Dr Vida, Khairil Azwar Khalil yang mewakilinya ketika sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada Selasa.

Timbalan Pendakwaraya, Datuk Raja Rozela Raja Toran sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia untuk perbicaraan kes terbabit selepas tertuduh kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Hakim Murtazadi Amran kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan 15 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Pada 13 Oktober lalu, Dr Vida, 45, ibu kepada dua anak berusia 11 dan sembilan tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu di hadapan Murtazadi.

Dia menghadapi 16 tuduhan gagal mengemukakan penyata GST daripada tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41(6) akta berkenaan serta 16 pertuduhan gagal membayar cukai GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama, memetik laporan BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap