Dr Mahathir bergegas sertai Bersih 5 selepas pulang dari luar negara

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tiba ke Dataran Maybank, Bangsar, kira-kira pukul 2 petang selepas kembali ke tanah air dari Sudan.

Turut bersama beliau adalah bekas Timbalan Perdana Tan Sri Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir sebelum ini berada di Sudan atas jemputan rasmi sebuah universiti di sana.

Dalam satu wawancara sebelum ini, negarawan itu memaklumkan beliau berkemungkinan tidak dapat menghadiri demonstrasi tersebut.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri