Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad samsuri Mokhtar menerusi portal Harakah Daily pada Ahad, meskipun kini berada dalam keadaan stabil.
“Nada suara Tuan Guru adalah dalam keadaan bersemangat dan ceria. Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS yang mendoakan kesihatan beliau untuk terus memimpin ummah.
“Pada masa yang sama, pihak doktor juga mengharapkan kerjasama semua pihak agar memberikan ruang kepada Tuan Guru untuk menerima rawatan tanpa gangguan, dengan berehat dari menerima tetamu yang mungkin berhajat mengunjungi beliaudi IJN,” ujarnya.
Terdahulu, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.
Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Rhu itu, Zaihan Mohd Daud berkata, walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.
Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang untuk berehat.
Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang.