Doktor buat pengakuan palsu dokumen JPJ didenda

Hakim S.Indra Nehru turut memerintahkan tertuduh Dr R. Pathmanathan, 55, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa pada 5 Januari lalu atas pertuduhan membuat perakuan memeriksa seorang individu bagi memperbaharui lesen memandu Kelas D untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam, sedangkan tiada pemeriksaan kesihatan dibuat.

Dr Pathmanathan didakwa membuat perakuan palsu dalam borang permohonan atas penama Mohd Saiful Baqhtiar Mohd Rohaizat di Kumpulan Poliklinik Manjung Sdn Bhd No. 2446 Taman Samudera, Bandar Seri Manjung dekat Manjung.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Mac 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahidah Jalalluddin memohon kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Peguam Datuk V Manokaran, yang mewakili tertuduh, memohon supaya anak guamnya hanya dikenakan didenda. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia