Menurut laporan Harian Metro, Fattah berkata dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk rancangan bagi mengumumkan majlis itu kepada umum.
“Tiada majlis pertunangan atau sebarang berita yang hendak saya umumkan. Bagaimana cerita seperti ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dengan Neelofa.
“Apa yang saya boleh katakan kepada semua, doakanlah yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah jika ada, saya akan umumkan kepada semua,” katanya.
Jelas pelantun Wanita Terakhir itu, dia dan Neelofa masih berkawan malah bakal digandingkan dalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.
“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk bekerjasama. Insya-Allah dalam bulan Mac nanti kami akan bergandingan bersama dalam sebuah drama bersiri.
“Bagaimanakah jalan ceritanya saya masih belum boleh beritahu lagi kerana ia masih dalam proses perbincangan,” katanya.