Pengantin lelaki berkenaan, Mohd Sufie, baru berusia 18 tahun manakala isterinya, Dayang Sopiah Gusti, 42 tahun juga merupakan janda anak lima.
Bapa kepada pengantin lelaki, Matalim Utam, 52, berkata dia akur dengan pilihan anaknya yang bekarja sebagai pembantu jualan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya yang berusia 24 tahun lebih tua darinya.
“Sudah suka sama suka, biarkanlah…doakan mereka bahagia.
“Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.
“Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri”, katanya memetik laporan Berita Harian.
Dayang Sopiah yang juga suri rumah memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini. Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu.