Doa penutup himpunan mansuh GST mohon ‘Maha Zalim’ dihancurkan

Doa yang dibacakan oleh Dr. Badrul Amin Bahron itu meminta supaya pemimpin ‘Maha Zalim’ yang bertanggungjawab memenjarakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan balasan yang setimpal.

“Kita buat kerja kita, tuhan buat kerja tuhan dan kita minta pada tuhan, apa jua kezaliman akan terima balasan. Sementara beliau masih hidup, kita hendak tuhan tunjuk kesalahan-kesalahan mereka.

“Kita ada tuhan. Kamu ingat, kamu Maha Zalim tetapi Maha Firaun pun tenggelam dalam lautan. Kamu ingat, kamu Maha Zalim, tapi Allah akan hancurkan orang yang zalim, kita mohon pada Allah.

Ya Allah, hukumlah mereka yang mula-mula menahan Anwar Ibrahim dalam penjara, Ya Allah,” doa beliau ketika menutup Himpunan Mansuh GST di sini.

Pada tahun 1999, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Susulan daripada itu, penyokong-penyokong Anwar menggelarkan Tun Mahathir sebagai Maha Zalim dan Maha Firaun sehingga kini.

https://www.youtube.com/watch?v=MyMqCA3AXBA

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri