Memetik laporan Harian Papua melaporkan, mangsa telah dirogol sebelum dibunuh dengan kejam berdasarkan penemuan darah di sekitar kemaluan mangsa.
“Kami mendapat maklumat bahawa ada orang menemui mangsa di Sungai itu, dalam keadaan yang menyedihkan,” ujar Ketua RT Kompleks Kokoda, Kris Roman kepada Sindo News.
Sementara itu, hasil siasatan pihak polis kini mereka telah berjaya menahan tiga remaja lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu.
Kesemua suspek yang ditahan adalah merupakan jiran mangsa.
Mayat Kasia Mamangsa telah dihantar ke Hospital Kota Sorong untuk dibedah siasat.