Dilema penstrukturan semula PH

Beberapa hari lalu, Mahathir berturut-turut menghadiri Konvensyen AMANAH, mengiyakan lagi status beliau sebagai “pemimpin utama” dan Anwar Ibrahim kini hanya menjadi “satu perkara yang telah berlalu”.

Kehadiran Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mahathir Mohamad dalam Konvensyen AMANAH, adakah ini bermakna pihaknya telah memutuskan untuk tidak lagi terikat dengan PAS? Sudah tentu tidak, ini kerana Mahathir bukan seperti yang dikatakan oleh pemimpin DAP, Liew Chin Tong, sebaliknya Mahathir mengharapkan PH boleh memberi masa kepada PAS untuk mempertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak, jelas sekali matlamat utamanya ialah untuk menarik penyertaan PAS.

Mahathir memberi contoh negeri Selangor, berpendapat bahawa PAS keliru tetapi sebenarnya tidak. Sebaliknya dalam keadaan PKR masih mengekalkan hubungan kerjasama dengan PAS, jika pemikiran keliru dan tidak jelas maka ini bermakna PKR dan DAP sebenarnya yang mempunyai masalah.

Pada bulan Jun yang lalu, PAS sudah menafikan memutuskan hubungan dengan PKR, bukan sahaja Selangor malah PAS di negeri Terengganu yang pernah berlaku huru-hara semasa PRU lepas juga tiada tanda-tanda akan memutuskan hubungan dengan PKR. Demi kepentingan, negeri dan Pusat memegang dua pendirian yang berbeza, PKR dan PAS sanggup mengetepikan apa sahaja untuk sementara waktu.

Bagaimana pula dengan DAP? Bukankah sehingga hari ini masih lagi berada dalam kerajaan negeri Selangor? Jelas sekali rejim Selangor dengan Pulau Pinang adalah berbeza, boleh putus atau biarkan sahaja dan negeri Selangor pula huru-hara dalam keadaan tidak berdaya. Setiap parti masih mahu mengekalkan kepentingan sendiri, langsung enggan berganjak tetapi di mulut masing-masing ada yang memuji dan ada yang mengeji.

Rakyat sudah tentu tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah belah, oleh yang demikian demi memenangi PRU14, PAS perlu menyertai pakatan. Dalam keadaan ini, DAP terpaksa menutup mulut mereka kerana PKR dan AMANAH tiada keupayaan untuk menggantikan PAS, malah PPBM juga tiada keyakinan penuh.

Oleh itu, ada keperluan untuk PH membuat penstrukturan semula, cuma masalahnya kini ialah bagaimana untuk mengembangkan kerjasama dalam keadaan dalaman PH ada isu hubungan kerjasama? Jika mahu mengelak bermasam muka, PAS masuk, DAP keluar dan jika DAP masih ada, PAS pasti tidak akan menyertai PH.

Masalah yang dihadapi oleh PKR dan PPBM pula tidak besar, AMANAH hanya perlu berdamai semula dengan rakan lama, kini hanya tinggal DAP sahaja tidak tahu apa yang perlu dilakukan?

Jika mahu bergabung dengan orang luar, PAS boleh terus memilih BN kerana sama ada keuntungan atau kepentingan, pendekatan ini adalah yang terbaik. Sebaliknya pula kepada PH, keadaannya tidak begitu lancar. Sejak PR terkubur, penstrukturan semula tidak berjaya dilakukan dan menemui jalan buntu. Perlu dingatkan juga dalam penstrukturan semula parti, berapa ramai pengundi akan bersetuju dengan corak kerjasama ini. – Oriental Daily

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”