Demokrasi tidak sempurna, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu berkata, kajian menunjukkan bahawa sistem demokrasi sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.

“Pemimpin ini akan menjadi diktator,” katanya, memetik tulisan di blognya, www.chedet.cc, hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak cara demokrasi boleh disalahgunakan, termasuk dengan mengubah sempadan kawasan pilihan raya, memindahkan pengundi dan penipuan dalam pilihan raya.

“Kemudian sudah tentu pengundi boleh dirasuah dengan wang atau hadiah,” katanya.

Berbeza seperti negara barat, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, demokrasi dapat dilaksanakan kerana budaya mereka.

“Jelas demokrasi bukanlah jaminan tatakelola kerajaan yang baik.

“Mereka (barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang perlu dibayar seluruh negara jika mereka memilih individu yang salah untuk mentadbir, namun pemimpin lama pun melakukan kesilapan, katanya.

“Demokrasi sistem yang hebat tetapi tidak sempurna. Jika rakyat tidak menggunakan hak-hak mereka demokrasi boleh berubah menjadi kleptokrasi,” kata Dr Mahathir.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri