Deklarasi Rakyat: Pesara tentera lapor polis dakwaan jual data

Othman, 56, ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini memberitahu beliau tidak mewakili mana-mana pihak dan bertindak demikian atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Saya baca Malaysiakini, (dakwaan) penipuan tanda tangan tujuan deklarasi rakyat, saya rasa bertanggungjawab. Kerana saya bertanggungjawab mengamankan Malaysia.

“Jadi susah payah waktu itu saya rasa tak guna kalau negara kita ini dikucar-kacirkan oleh satu pihak yang berkepentingan,” tegasnya.

Othman juga meminta mana-mana pihak terutamanya bekas-bekas rakan sekerjanya yang sependapat dengan beliau untuk melakukan perkara yang sama.

Sebelum ini, pengatur cara bebas komputer Azharuddin Othman mendakwa dirinya menjual kira-kira 900,000 nama daripada pangkalan data untuk digunakan bagi mengisi Deklarasi Rakyat.

Beliau mendakwa menyalurkannya melalui Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali juga sebagai Ratu Naga.

Polis pada 30 Mei lalu berkata akan memanggil Azharuddin untuk soal siasat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri