Debu gunung berapi Sinabung tidak jejas Malaysia

Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keadaan angin dijangka berubah bertiup dari arah barat daya mulai esok.

“Sekiranya gunung berapi Sinabung berterusan meletus, asap debu boleh sampai di Semenanjung selepas 25 Mei atau 26 Mei,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Enam orang disahkan maut setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak semalam.

Bernama melaporkan, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Manusia Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata, kesemua mangsa adalah penduduk tempatan.

Gunung berapi setinggi 2,460 meter itu adalah antara yang paling aktif di Indonesia dan pada 2014 beberapa penduduk terbunuh dan beribu-ribu yang lain dipindahkan akibat letusan gunung berapi itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia