Debat Guan Eng-Rahman Dahlan 19 April depan

Bagaimanapun Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan pihaknya telah bersetuju untuk meneruskan debat seperti yang dikehendaki oleh Rahman Dahlan dengan syarat ianya dibuat secara langsung pada waktu perdana.

“Kami bersetuju dengan tarikh itu tetapi menetapkan syarat bahawa debat perlu disiarkan secara langsung.

“Saya berjumpa dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak dua hari lalu dan kami mencapai persetujuan berhubung debat itu.

“Jika TV3 tidak boleh melakukan siaran langsung itu, kami akan kembali kepada RTM. Mereka telah bersetuju untuk menyiarkan secara langsung debat itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP, pada Rabu.

Menurut Anthony, sehingga kini beliau masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak sama ada TV3 mahupun Rahman Dahlan itu sendiri.

“Satu-satunya perkara yang kita belum bincang ialah tentang siapa yang akan menjadi moderator dan juga format perbahasan,” katanya.

Rahman Dahlan sebelum ini telah berkongsi 15 soalan debat dan Anthony mahu debat ini mempunyai masa yang cukup untuk semua persoalan dijawab.

Minggu lalu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis dan dipersetujui Guan Eng dengan syarat ia diadakan secara terbuka.

Panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun, mahu debat dibatalkan kerana siasatan sedang dijalankan mengenai isu itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri