Debat

Debat ni bahasa mudahnya bertukar fikiran (biasanya yang bertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara, pendapat dan pendirian, dengan masing-masing pihak mengeluarkan pendapat, alasan dan sebagainya. Apa yang penting dalam debat? PEMIKIRAN KRITIS DAN HUJAH. Beza debat dengan berbual kosong kat kedai kopi ni, debat mesti disertakan dengan BUKTI. Petah bercakap saja tak cukup, idea logikal saja tak cukup, ia mesti dengan bukti dan fakta!

So lately dah dengar beberapa personaliti nak berdebat setelah masing-masing ‘mengata’ antara satu sama lain. Lim Guan Eng nak debat dengan Rahman Dahalan; TMJ nak debat dengan KJ; Arul Kanda nak debat dengan Tony Pua.

Kalau tanya pendapat aku – TERUSKAN!

Kenapa nak takut, biar mereka berdebat. Biar mereka berhujah. Biar mereka nyatakan pendirian mereka, biar mereka berhujah dengan kritis dan analitis. Kalau tak kita hanya dengar pendapat sebelah pihak saja.

Masa ni tak banyak sikit kita akan tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang hanya pandai retorik semata-mata. Betul, debat tak menyelesaikan masalah, debat juga banyak kekurangan tetapi itu lebih baik dari hanya biarkan mereka dok meroyan di media sosial, dok tunjuk jaguh, dok tunjuk hero…kali biar orang yang mereka tuduh, biar orang yang mereka hentam selama ini MENJAWAB BALIK di atas pentas bernama debat.

Ko menteri ke, ko anak raja ke, apa peduli, lawanlah. Biar rakyat kat bawah nilai hujah-hujah mereka.

Serius aku tak sabar. BIAR BUKU BERTEMU RUAS!

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai