Pengasas Nasi Lemak Pink didakwa gagal bayar GST

Beliau didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta GST 2014, iaitu gagal kemukakan penyata dan gagal membayar cukai yang berjumlah hampir RM4 juta.

Beliau bagaimanapun mendakwa kes itu berlaku kerana masalah teknikal dan salah faham, di mana beliau dilaporkan sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Penaja pasukan bola sepak Kelantan itu turut melahirkan kekecewaan kerana pihak kastam tidak memaklumkan kepadanya untuk dihadapkan mahkamah hari ini, dan hanya mengetahuinya melalui laporan media.

Menerusi akaun Instagram miliknya @datoserivida, beliau memuatnaik video berada di dalam kereta (menuju ke mahkamah) beserta kapsyen berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusannya hari ini.

“Ya Allah, mudahkan segala urusanku..hanya Engkau yang memahami…maha mendengar..setiap ujian..adalah rahmat..untuk mengecap nikmat,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia