Datuk maut ditembak pengawal peribadi pernah ditahan polis

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghaffar Rajab, berkata Teik Kwang pernah ditahan beberapa kali oleh polis sebelum ini dan antara salah seorang tahanan undang-undang tersebut di Simpang Renggam.

“Walaupun dia pernah ditahan polis sebelum ini, dia tidak pernah dituduh di mahkamah.

“Dia dibebaskan selepas undang-undang tersebut dihapuskan pada 2011,” kata Abdul Ghafar ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Pesara Pegawai Kanan Polis di Georgetown Pulau Pinang, petang Selasa.

Beliau berkata, mereka yang ditahan di bawah EO biasanya terlibat dalam kes keganasan tetapi mereka tidak didakwa di mahkamah kerana polis tidak mempunyai bukti yang cukup.

Dalam kejadian pada 1 Disember lalu, Teik Kwang maut selepas ditembak pengawal peribadinya sendiri yang berusia 37 tahun sebelum suspek turut melepaskan tembakan rambang yang menyebabkan dua orang awam maut.

Abdul Ghaffar berkata, suspek yang baharu bekerja sehari bersama mangsa melepaskan 11 tembakan berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan semula di lokasi kejadian akan dilakukan semula pada Rabu bagi membolehkan pegawai penyiasat mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku ke atas semua mangsa.

“Kita menjangkakan siasatan lengkap akan siap dalam tempoh tujuh hari lagi sebelum laporan dapat diserahkan kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, polis dijangka memohon lanjutan perintah reman tujuh hari lagi ke atas dua suspek kejadian yang tamat pada Rabu, selepas mereka mula ditahan Jumaat lalu, bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal peribadi kepada seorang ‘Tan Sri’ di Kuala Lumpur sebelum mula berkhidmat dengan Teik Kwang.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia