Datin Paduka Seri Norashikin dilantik Tengku Permaisuri Selangor

Dengan pelantikan itu, Norashikin akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan pagi Jumaat berkata baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Norashikin selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 8 September lalu.

Pada 31 Ogos lalu, Sultan Selangor melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Ia adalah perkahwinan ketiga Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda mempunyai dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia