Sejak seawal jam 6.30 pagi lagi, peminat sudah bersesak di hadapan pusat membeli belah ini menantikan kemunculan Ji Hyo sempena perasmian pembukaan Shoppen iaitu sebuah jenama kasut fesyen terbesar Korea Selatan.
Kira-kira jam 10.30 pagi, suasana gamat dengan jeritan peminat sebaik saja melihat bintang kesayangan mereka ini tiba dengan menaiki sebuah bas Hop On Hop Off yang berhenti di hadapan pusat membeli belah tersebut.
“Saya minta maaf kerana membuat anda semua menunggu lama,” katanya sebaik tiba di pentas utama.
“Saya gembira dapat kembali semula ke sini dan terharu akan sokongan dan sambutan peminat setiap kali saya ke sini. Terima kasih semua!!!, “tuturnya sambil tersenyum
Sempat berkongsi sedikit perkembangan terbaharu, Ji Hyo berkata dia teruja menantikan drama terbaharu lakonan berjudul, This Week My Wife is Cheating yang akan ditayangkan pada November depan.
“Saya tidak sabar menantikan drama terbaharu saya. Pastikan anda juga jangan lupa menontonnya pada November depan,” katanya memetik portal Malaysian Digest.
Turut hadir di acara pembukaan tersebut ialah selebriti popular tanah air antaranya, aktres Diana Danielle dan pelakon filem Ola Bola, JC Chee.