Langkah ini menjadikan Washington negeri pertama mengumumkan tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Trump membabitkan salah satu dasarnya.
“Jika berjaya kesannya mampu membatalkan tindakan menyalahi undang-undang presiden di seluruh negara,” kata Peguam Negara Bob Ferguson pada satu sidang akhbar.
Trump menandatangani perintah eksekutif Jumaat lalu untuk menggantung kemasukan warga tujuh negara selama 90 hari.
Ferguson adalah salah seorang daripada 16 peguam negara umum yang mengeluarkan satu kenyataan hari ini yang menyifatkan tindakan imigresen Trump sebagai “tidak bersifat Amerika dan menyalahi undang-undang.” – Agensi