Memetik laporan Snar Online, Mahathir yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN), berkata, cabaran debat itu perlulah disiar secara langsung dan intipati debat itu pula hendaklah berkisar mengenai isu urus tadbir negara.
“Saya berumur sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan terima cabaran debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan siaran televisyen secara langsung.
“Mungkin saya kalah. Wang tunai boleh menang. Ia adalah untuk rakyat Malaysia menilai, bukan TV3 atau NST atau mereka yang memang penyokong saya,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahathir mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan agar beliau cepat sembuh.
“Saya menulis ini dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menghantar mesej cepat sembuh kepada saya,” katanya.
Mahathir kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada.