Melihat kepada permintaan tinggi terhadap kulit popiah, makanan kegemaran rakyat Singapura, Sam membuka sebuah kilang kecil membuat kulit popiah dengan pekerja hanya 23 orang. Lama kelamaan Sam merasakan dia perlu menjual kulit popiah ke luar Singapura kerana di republik itu pasarannya terhad. Masalah timbul kerana mesin di kedainya tak mampu memenuhi permintaan yg banyak dari luar negara. Lalu dia membeli mesin dari Jepun dan mengubahsuai penggunaanya untuk kegunaan membuat kulit popiah. Walaupun mesin itu hanya dapat menghasilkan kulit popiah yang berbentuk petak (bukan bulat) dan nipis, Sam lega kerana pada masa yang sama kulit popiah itu tahan dan tak mudah pecah!
Sasaran pertamanya restoran makanan Cina yang banyak di Australia, tetapi chef-chef di situ tak dapat menerima kulit popiah yang berbentuk petak kerana dah biasa dengan kulit popiah yang bulat. Sasaran kedua Hong Kong. Pengusaha popiah di sana pula tak gemar kulit popiah Sam kerana dah biasa dengan kulit popiah buatan sendiri. Kemudian Sam pergi ke US dan berjaya. Untuk menembusi pasaran China yang besar pula, Sam guna taktik buat kilang kulit popiah kat sebuah kampung di sana, nak tak nak kerajaan China membenarkannya kerana ia telah memberi peluang pekerjaan pada rakyat mereka. Ini secara tak langsung membuatkan kulit popiah Sam masuk ke pasaran negara tersebut.
Akhirnya berkat kesungguhan dan kesabaran Sam, syarikat kulit popiahnya kini berjaya menguasai 80 peratus pasaran di Eropah dan Australia serta 50 peratus pasaran di Amerika. Kilang popiahnya juga berjaya menghasilkan 30 juta kulit popiah sehari!
Selain kulit popiah, mereka juga menguasai pasaran makanan sejuk beku seperti samosa, roti prata etc di seluruh dunia! Harta kekayaan Sam kini melonjak ke hampir RM6 billion seterusnya mencatatkan nama antara seribu orang paling kaya dalam dunia oleh Forbes!
Kini daripada tinggal di flat satu bilik di Geylang, Sam tinggal di banglo seluas 50,000 kaki persegi di Jalan Nassim…kediaman orang-orang kaya di Singapura!
Gerek seh, gerekkkkkkk!