Dapat visa sehari sebelum berangkat, Neelofa bakal bergelar Hajjah pada usia 27 tahun

Perkara itu dinyatakan melalui laman Facebook milik Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Mengulas mengenai pertemuan itu, gadis berusia 27 tahun itu berkata pemergiannya ke Mekah dianggap mengejutkan kerana hanya memperoleh Visa menunaikan ibadah itu kurang 24 jam sebelum dia berangkat.

“Maaf kak, Lofa tak jawab panggilan semua orang sebelum ni. Lofa terlalu banyak masalah sebelum pergi.

“Visa hanya dapat saat-saat akhir, sehari sebelum pergi kak, bayangkanlah. Lofa hanya berserah kepada Allah. Lofa doa dan terus berdoa”, ujarnya memetik Facebook milik Tengku Khalidah.

Menceritakan debaran sebelum berangkat ke Mekah, pemilik jenama tudung tersohor, Naelofar Hijab itu berkata pemergian kali ini lebih bermakna apabila turut ditemani ibubapanya.

Neelofa ditemani oleh ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan ayah tirinya, Abdul Halim Khan, berlepas dengan penerbangan Saudi Arabia pada pukul 6 petang semalam dari KLIA.

“Kak….Lofa tak tidur malam, Lofa doa dan terus doa semoga Allah jemput Lofa. Semoga Allah panggil Lofa ke Tanah Suci bersama Mama dan Daddy tahun ini.

“Dan kak, percayalah kak. Bila kita nak buat kerja baik, Allah tolong. Hari ini hati Lofa tenang, semua sudah selesai dengan baik. Doakan Lofa jadi manusia yang lebih baik selepas pulang ya, ” katanya.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran