Ketua Pembangkang Dun Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, tindakan itu dibuat kerana cubaan Ketua Menteri mahu persempadanan semula dengan menambah tiga kerusi Dun pada PRU akan datang.
“Jelas sekali, Idris merasa bimbang akan hilang sokongan majoriti, maka beliau meminta SPR membuat persempadanan kawasan pilihan raya demi memastikan kepentingan politik Umno dapat dipelihara, seterusnya mendapat kerusi Dun yang cukup untuk memerintah,” katanya di Ayer Keroh pada Selasa.
Poay Tiong yang juga Adun Ayer Keroh turut menyambut baik seruan Bersih 2.0 supaya Adun-adun tanpa kira parti membawa usul berkenaan nanti. – Sinar Harian