DAP minta MCA pujuk MB Perlis tarik balik pindaan agama

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran berkata demikian sebagai mengulas pindaan agama tersebut yang dilaksanakan di negeri berkenaan.

Ini selepas anggota jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker mempertahankan ADUN Titi Tinggi, Khaw Hock Kong yang keluar dari dewan undangan negeri kerana menentang pindaan itu dan bukan berdebat dalam dewan.

“MCA perlu dapatkan menteri besar Perlis untuk sidang tergempar dewan undangan negeri bagi membatalkan pindaan penukaran unilateral,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Pada 8 Disember, Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang membolehkan seorang ibu atau bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.

Pindaan itu sebelum ini menyatakan bahawa kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun, boleh memeluk agama Islam dengan persetujuan kedua-dua “ibu dan bapa” atau penjaga.

“Ibu dan bapa” digantikan dengan “ibu atau bapa” dalam pindaan kepada Seksyen 117 (b) enakmen itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri