DAP ketua jika pembangkang berjaya PRU14 – Najib

“Dalam dunia politik, parti yang mendapat kerusi lebih di Parlimen, maka dialah yang akan menentukan hala tuju pakatan disertainya.

“Selepas dicongak parti-parti di ‘sebelah sana’, macam mana pun DAP yang akan menguasai mereka.

“Tak mungkin PKR, AMANAH atau parti ‘bunga’ kerana kerusi mereka lebih sedikit berbanding DAP,” katanya pada majlis sepetang bersama perdana menteri di padang awam, Kuala Ketil, Baling, semalam yang dipetik akhbar Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata, rakyat perlu mengambil kira implikasi jika negara ini dikuasai oleh DAP.

“Cuba bayangkan jika bumi Malaysia ini dikuasai DAP, apa implikasinya?

“Ingat boleh mengadu atau berteduh di bawah mereka? Di mana kita hendak meminta dan pada siapa hendak merayu?” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP memenangi kerusi kedua paling banyak di Dewan Rakyat selepas UMNO.

Pada ucapannya itu, Najib juga membidas Pakatan Harapan dan PPBM kerana “secara konsisten tidak konsisten” mengenai isu-isu dasar, dengan pemimpin mereka bertentangan antara satu sama lain

Antara lain, Najib berkata, dua dalang itu adalah pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz.

“Bapa mengkritik program haji 1MDB manakala anaknya – ‘boboi’ kita – membantu untuk menghantar lebih 20 rakyat Kedah menunaikan haji di bawah program itu ketika beliau menteri besar (Kedah).”

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri