DAP kesal siaran langsung debat dibatalkan

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, alasan TV3 sebagai menghormati pandangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Azam Baki.

Katanya, kedua-dua pihak terbabit tidak mahu debat diteruskan kerana mengganggu siasatan pihak berkuasa isu tanah Taman Manggis dan banglo milik Guan Eng.

“Manakala alasan Abdul Rahman enggan meneruskan debat kerana tidak mahu mengingkari arahan pihak berkuasa dilihat cubaan mengelak untuk tidak memberi ruang kepada Guan Eng menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Kami mahu, Guan Eng diberi peluang menjawab segala isu berkenaan Taman manggis kepada rakyat melalui TV3,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Pada masa sama, Siew Fook turut mempersoalkan tindakan TV3 yang ‘membenarkan’ Abdul Rahman melemparkan tuduhan liar terhadap Setiausaha Agung DAP itu, melalui program Soal Jawab pada 30 Mac lalu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri